Tuesday, October 20, 2009

Siapa dia?

Salam...

Hari ni rasa rinduuuu sangat~
~ Rindu kat PSU(ED)E2 tahun 2005-2006
~ Rindu kat Encik Helmi
~ Rindu kat Mie
~ Rindu kat Sayang
~ Rindu kat Papa....

Mcm ramai je org yang aku rindu tuh... tapi sebenarnya sorang je....
yep...I Miss My Husband... kenapa pelik sgt nih?

Rindu, rindu, rindu... nak balik cepat la petang nih! =)

Sunday, August 9, 2009

I'm Moving Out...again.

Salam...
Alhamdulillah.. aku dah pun hampir siap wat blog yang baru.
So, pasni leh terus ke blog www.aainaa-nadirah.blogspot.com
Till now, blog tu tak abes update lagik.. banyak lagi post lum
transfer.. tapi dalam masa 1-2 minggu ni, pas aku siap update,
aku akan terus delete blog nurnadirah nih.

Another announcement.. pada sesiapa yang penah tgk blog
www.nurnadirah-cakes.blogspot.com pun dah dipindahkan
ke www.mylittle-bakes.blogspot.com

Okeh, that's all for now... see ya soon.... tata.

Friday, July 31, 2009

Story Of This Week~

Salam...
Meh aku citekan apa berlaku dlm minggu nih...

27hb Julai 2009...Isnin
Aku EL hari ni sbb Safi demam dan aku pun sakit kepala start Sabtu.... Aku call Kak Rose kat ofis, katanya Movers dah start packing2 brg utk pindah ofis.

28 Julai 2009...Selasa
Kat ofis hari ni movers dah start angkat brg2 ofis. Sume dipindahkan ke MIECC, Mines. Mmg terasa sgt kosongnya ofis bila sume barang dah dipindahkan.

29 Julai 2009...Rabu
So, hari ni hari first datang keje kat ofis baru di MIECC, Mines. Aku lak lupa bawak punch card. Tpaksa mtk kak Salwa punch kan kat opis lama sbb Kak Salwa stay kat sana lagi. Hari ni pool kete dgn As. Asalnya turn aku drive, tapi sbb pagi tadi hujan.. so, tukar plan sbb x mo asben aku kena hujan sbb naik motor.. Tengahari aku balik umah jap sbb parent aku datang umah aku... Malam ni aku n asben bawak Safi ke Klinik Pakar Kanak2 An-Nur.. sbb takut ada infection dlm mulut Safi. Ariff terjumpa ulser kat mulut bawah Safi. Patut la air liur Safi meleleh je.. asyik nangis n ada demam2, batuk, selsema. Mulut pun berbau semacam je. Sampai umah dah pun dah dekat jam 11mlm. Pas makan, aku smpat borak dgn Ariff smpai jam 2.30pagi..huhu~

30 Julai 2009... Khamis
Luckily hari ni x bangun lewat. Tapi ngantuk sgt. Hari ni x pool kete As. Kitorg juz konvoi sbb aku kena balik tengahari ni... Aku, Safi dan adiknya nak g check up di KK Putrajaya. So, hari ni asben tpaksa la naik moto ke APM, Bangi.. minggu ni last asben kursus kat sana. Pagi tadi masa aku dah smpai Kg. Dato' Abu Baginda, asben call tanya dah smpai mana.. rupanya tayar motor pancit. Aduhai. Mujur la ada kedai motor bukak pagi2 nih. So, smpat la asben tukar tayar n smpai kelas tepat pd masanya. Sian asben ku...

Dan, mcm biasa.. asben tak penah lupa temankan aku ke klinik. Since first pregnant pun mmg asben akan hantar dan temankan skali smpai check up aku selesai. Mcm hari ni, walaupun kelas still ada sblh ptgnya, asben still temankan. Aku mmg suka asben temankan.. bg aku tu tandanya dia care dan bertanggungjawab. Pas aku settle urusan kat makmal, trus g tggu kat bilik 28.. bila smpai turn, aku masuk skali dgn Safi. Pas nurse check Safi, aku hantar Safi kat asben, then masuk smula jmpe nurse yg sama.. utk check up aku lak.hihi~ Dan..... kali ni nurse byk isu dgn aku. Huhu~ Nurse ckp berat aku x naik, hb aku sgt rendah. Last month, 12.9, hari ni 8.6. Aduh. katanya, takut bermasalah sbb bila hb rendah, boleh sebabkan penghantaran oksigen kpd bb x cukup. Aku mmg gabra gila. Bertubi2 nurse tanya... 'awak tak makan ke? awk mkn x vitamin? awak buat kerja berat ke? pot pet pot pet' Then masa check perut, nurse tu x jmpe bunyi jantung bb.. moral down gak aku time tu. Then, bila another nurse cari jantung bb, dengar lak dgn jelasnya. Syukur Alhamdulillah. Tapi kan... melampau kan bila aku cakap yang... sehingga aku dgr bunyi jantung bb.. baru la aku yakin yg aku tgh pregnant. Kalo sblm ni aku slalu ragu2 ttg pregnancy aku.. sbb aku x alah, dan rasa mcm biasa aje. Terasa mcm x pregnant langsung.

Disebabkan hb yg rendah tu, aku kena la ke makmal smula utk test darah lagik.. walaupun time tu dah pun jam 4.30ptg! Nurse yg amik darah tu pun smpat ckp..'awk ni baru brape bln pregnant, hb dah rendah.. mcm mana ni..bahaya tau..' Huhu~ btambah la kerisauan aku. Smbil tggu result darah, dlm hati x putus2 doakan keselamatan dan kesihatan bb..huhu~ Time amik result, nurse tu x ckp apa2 pun. Then, aku ke bilik no.10 utk jmpe doktor lak.. smbil2 tggu tu ada cite dgn asben pasal hb, etc2. Then asben tgk buku, dia ckp hb aku 11.6. huahuahua~ nurse dah betulkan pas test tadi. baru la lega hati aku nih. Lama sgt tggu turn.. jam 6.00 ptg baru dpt jmpe doc. Doc ckp sumenye normal. hb aku okey.. mgkin td salah baca hb tu. Lega sgt lah! Then doc ckp nak scan bb sbb takut aku xleh datang masa dating scan on 25 sept.. sbb time tu raya pose. Then dpt la aku, asben n Safi jmpe bb utk pertama kali. Lega sgt bila doc ckp perkembangan bb normal dan bagus... time scan tu, bb tgh meniarap. Yang paling aku lega bila doc ckp uri kat atas.. aku takut sgt uri turun ke bawah sbb lately ni byk buat kerja berat.. angkat benda2 berat... tapi syukur sgt sume ok. Pas abes check up, kitorg g mkn western.. aku lapar + teringin mkn black pepper stick... Malam nya.. kitorg tdo awal sgt sbb penat..

31 Julai 2009... Jumaat
Hari ni g keje, turn As lak pool dgn aku.. So, skali lagi asben naik motor ke APM... pagi tadi gerak dr presint 14 jam 7.40 pagi, then 7.55pg aku dah punch kat ofis... itupun aku berlengah2 kat parking. hihi~ Tadek cite best sgt kat ofis hari ni. Cuma kdg2 stress bila tgk org keliling kecoh kemas2 brg.. aku x nak amik kisah sgt kalo ada yg ckp aku x tlg mengemas sgt.. sbb aku x mau amik risiko dah. Aku x nak sakit bdn, x nak sakit kat bwh perut, x nak mengah dan penat.. Nurse pun dah ingatkn.. aku pucat dan sng mengah.. jaga diri. Aku rasa, daripada amik kisah sgt apa org nak cakap, lebih baik aku jaga bb aku nih.. satu lagi nyawa yang sedang aku kandungkan. Seorang lagi anak bersama suami kesayangan..

Esok.. sabtu dan ahad...
Nak g Mid Valley.. huhuhu~ Asben ku ajak jalan2.. yeay! yeay!

See ya soon...~

Tuesday, July 28, 2009

New Blog

Salam...
Saya ada blog baru.
Nanti saya update kat sini apa nama blog tu.
Pastu, saya akan delete blog
nurnadirah ini. okeh.
Salam...

Friday, July 24, 2009

Menang RM100,000.00!

Salam....
Hahahaha~ musti u all tkejut tgk tajuk nih.
Aku tak menang pun duit sebanyak tu.
Cuma aku ter berangan je la masa
kat tandas tadi.. hihihi~

Emmm.. agaknya apa akan aku buat
kalo aku menang RM100,000.00 ye?
Uih.. syoknye kalo menang,kan?

Pertama, aku nak beli kereta yang harga
xlebih RM50ribu kot..oklah tu kan.
Ke dua, aku mungkin nak guna
balance RM50ribu itu untuk
belanja masuk umah baru..hikhik~
Upah interior designer, buat renovation.
Uih~ syok sgt2 lah!
tak pun, aku bayar lumpsum segala
utang yang aku ada. Ala.. x sampai RM30ribu
pun.. termasuk utang studi.

Tapi.. itu hanyalah angan2,kan?
Tapi... alangkah seronoknya kalo jadi nyata.
Erm.. bila la nak menang cabutan
Sijil Simpanan Premium?
Bila nak menang peraduan Shell
atau Petronas ke? Bila la nak jadi bertuah ni?